Tuesday, December 21, 2010

Rasa Hati.......



Rasa hati mungkin dh tertiarap..so, kena kurangkan la skit rasa mengharap..kena start blaja terima kenyataan kalo btul2 tertiarap..hehe..walaupun pedih tp wat konon ok2 jela.. :) mungkin ada lg yg belum selesai di sini..atau mungkin..di sini jgk lubuknya yg ditetapkan..just wait n see..ngan usaha jugak la sedikit sebyk..dan listkn beberapa lg pilihan yg ada..yg terbaik mungkin..mungkin lg.. dan tetapkan kesetiaan menanti jwpn yg tk pasti..hancur luluh or boleh la..semangat pudar??hmm..matahari dh tk nk kuar..ujan mencurah dgn jayanya..jgn naik air suda..nk blk kg..hehe


Friday, November 26, 2010

Muncul Suda.....................



Yg ditunggu2 dh muncul..gerun la pulak..dan alhamdulillah..dipermudahkan haluannya berbanding org lain..walaupun kadang nk mudah lg :p mungkin itu yg ditetapkan selama ini..dan jln utk dptkannya penuh ngan dugaan yg mane adalah utk mantapkan iman + rasa nikmat bila dh dpt.. :) kdg2 ada je mase meroyan meleret2 bile dh tk tertanggung..tp masih igt kekerdilan diri.. Moga munculnya ia menjadi pembuka kpd rezeki yg lain..InsyaAllah..tk nk terlalu berharap kot2 tertiarap..kalo itu rezeki kami..alhamdulillah.. :)

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidil Adha...


Ilmu kt bwh di copy & paste dr http://tanbihul_ghafilin.tripod.com..moga yg kabur2 jd makin jelas.. :) Salam aidil adha utk sume..selamat membaca..tk sabo nk jmp nasyua.. :)

FADHILAT QURBAN DAN AQIQAH

                        
Kedua-dua ibadah ini adalah antara amalan mulia dan penting dalam Islam kerana amat besar fadhilatnya, tetapi malangnya masih ramai orang yang samar-samar atau kabur kefahaman menerka mengenainya, sehinggakan ada yang memandang ringan walaupun mempunyai kemampuan tetapi tidak mahu melakukan penyembelihan qorban dan aqiqah ini. Semoga dengan penjelasan yang serba sedikit ini dapat membantu kefahaman kita semua tentang ibadat Qurban serta Aqiqah serta keinginan untuk sama-sama mencari pahala kedua ibadah ini akan meningkat.

Apakah sebenarnya qurban dan aqiqah itu? Apakah hukum melakukannya?Berapa kali kita dituntut melakukan qurban sepanjang hayat kita? Apakah syarat-syarat binatang yang dikorbankan? Apakah perbezaan antara qurban dan aqiqah? Bolehkah seekor lembu dikongsi sebahagian untuk qurban dan sebahaian untuk aqiqah? Apakah hikmah atau faedah yang bakal diperolehi kerana melakukan kedua-dua ibadah itu?
 
Demikianlah antara masalah yang akan cuba kita kupas serta perjelaskan dibahagian ini dan disamping itu akan dijelaskan beberapa perkara berkaitan dengan ibadah kurban dan aqiqah, semoga memberi kefahaman yang jelas hingga kita dapat menghayatinya dengan penuh keimanan kerana menjunjung perintah Allah s.w.t. dan mendapat fadhilat daripada amalan yang akan kita lakukan ini.

PENYEMBELIHAN QURBAN 
                        
Qurban ialah penyembelihan binatang qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat 'Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada  Allah s.w.t. , iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. 
  
Firman  Allah s.w.t. yang bermaksud: 

                        "Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi'ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur."    (surah al-Haj:36)

                        "Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah."    (Surah al-Kauthar:2)

                        Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:  

                      "Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu."    (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Zaid bin Arqam berkata: 

                    "Mereka telah bertanya, Wahai Rasullullah, apakah Udhhiyah (Qurban) itu? Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: "Ia sunnah bagi bapa kamu Nabi Ibrahim." Mereka bertanya lagi: Apakah ia untuk kita? Rasulullah s.a.w. menjawab: "Dengan tiap-tiap helai bulu satu kebaikan." Mereka bertanya: "maka bulu yang halus pula? Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Dengan tiap-tiap helai bulu yang halus itu satu kebaikan."    (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

HUKUM BERQURBAN
                        
Hukumnya Sunnat Muakkad (Sunnat yang dikuatkan) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
  • Islam
  • Merdeka (Bukan hamba)
  • Baligh lagi berakal
  • Mampu untuk berqurban
Sabda  Rasullullah s.a.w yang bermaksud: 

                       "Aku disuruh berqurban dan ia sunnat bagi kau." (Riwayat al-Turmuzi).
"Telah diwajibkan kepada ku qurban dan tidak wajib bagi kamu." (Riwayat Daruqutni)

Walaupun hukum berqurban itu sunnat tetapi ia boleh bertukar menjadi wajib jika dinazarkan. 

Sabda  Rasullullah s.a.w yang bermaksud:  

                       "Sesiapa yang bernazar untuk melakukan taat kepada Allah, maka hendaklah dia melakukannya." (Sila Rujuk: Fiqh al-Sunnah)

PERLAKSANAAN QURBAN
  • Binatang yang diqurbankan daripada jenis unta, lembu atau kerbau, kambing biasa yang berumur dua tahun, jika biri-biri telah berumur satu tahun atau telah gugur giginya sesudah enam bulan meskipun belum cukup satu tahun.
  • Binatang itu disyaratkan tidak cacat, tidak buta sebelah atau kedua-duanya, kakinya tidak pincang, tidak terlalu kurus, tidak terpotong lidahnya, tidak mengandung atau baru melahirkan anak, tidak berpenyakit atau berkudis. Binatang yang hendak disembelih itu mestilah sihat sehingga kita sayang kepadanya.
  • Waktu menyembelihnya sesudah terbit matahari pada Hari Raya Haji dan sesudah selesai solat 'Id dan dua khutbah pendek, tetapi afdhalnya ialah ketika matahari naik segalah pada Hari Raya Hhaji sehingga tiga hari sesuadah Hari Raya Haji (hari-hari Tastriq iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah)
  • Daging qurban sunnat, orang yang berkorban disunnatkan memakan sedikit daging qurbannya. Pembahagian daging qurban sunnat terdapat tiga cara yang utamanya adalah mengikut urutan sepererti berikut:
  1. Lebih utama orang yang berqurban mengambil hati binatang qurbannya dan baki seluruh dagingnya disedekahkan
  2. Orang yang berqurban itu mengambil satu pertiga daripada jumlah daging qurban, dua pertiga lagi disedekahkannya.
  3. Orang yang berqurban mengambil satu pertiga daripada jumlah daging, satu pertiga lagi disedekahkan kepada fakir miskin dan satu pertiga lagi dihadiahkan kepada orang yang mampu. 

    Sabda  Rasullullah s.a.w:  

                         "Makanlah oleh kamu sedekahkanlah dan simpanlah."

HIKMAH DAN FADHILAT
  • Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.
  • Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
  • Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.
  • Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan  Allah s.w.t.
  • Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.
  • Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak. 

    Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:  

                            "Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat."
AQIQAH UNTUK ANAK
                        
Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi

Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh  Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud:  

                           "Setiap anak yang lahir itu  terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)
                        
Ibnu Majah menerangkan maksud "... terpelihara dengan aqiqahnya..." (pada mafhum hadis diatas) adalah bahawa aqiqah itu sebagai sebab yang melepaskan kanak-kanak tersebut daripada gangguan syaitan yang cuba menghilangkan daripadanya melakukan kebaikan.

Daripada Salman bin Amir al-Dhabley, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:  

                            "Untuk anak lelaki itu aqiqahnya. Tumpahkan atasnya darah dan hilangkanlah daripadanya kekotoran dan najis." (Riwayat Abu Daqud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah).

Menurut Imam Ahmad bin Hambal, bahawa apabila seseorang kanak-kanak itu mati dalam keadaan belum diaqiqahkan lagi, maka anak itu tidak dapat mensyafaatkan kedua-dua orang tuanya diakhirat kelak.

HUKUM AQIQAH
  • Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.
  • Penyembelihan aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke empat belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak itu belum baligh.
  • Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda s.a.w. diangkat menjadi Rasul.
  • Anak zina, aqiqahnya sunnat atas ibunya kerana nafkah hidup anak zina itu tanggungan ibunya bukan bapanya. Demikian pendapat Syaikh Ibnu Hajar dan Syaikh Ramli, manakala Khatib Syarbini pula berpendapat, adalah tidak sunnat bagi ibu mengaqiqahkan anak zinanya meskipun si ibu memberi nafkah kepadanya.
  • Anak lelai disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)
HUKUM-HUKUM YANG LAIN BERKAITAN DENGAN QURBAN DAN AQIQAH
  • Jika menyembelih qurban sendiri hendaklah berniat: "Aku jadikan binatang ini qurban untuk diriku kerana Allah Ta'ala" dan seumpamanya, atau jika penyembelihan aqiqah berniat : "Aku jadikan penyembelihan binatang ini sebagai aqiqah untuk anakku kerana Allah Ta'ala."
  • Jika untuk tolong kepada orang lain maka hendaklah berakad iaitu dengan dua cara:
          1) Secara wakil, maka orang yang mewakilkan berkata: "Aku wakilkan atas diriku untuk menghasilkan penyembelihan qurban untuk diriku (atau aqiqah untuk anak ku...)." Orang yang menerima wakil menjawab: "Aku terima sebagai wakil untuk menghasilkan penyembelihan qurban untukmu (atau aqiqah untuk anakmu...)."   (PERINGATAN: Orang yang menerima wakil hendaklah melaksanakan penyembelihan dan tidak boleh diserahkan tanggungjawab menyembelih kepada orang lain).

          2) Secara menyerahkan tanggungan dengan berkata: "Saya meletakkan atas zimmah tanggungan tuan untuk menghasilkan penyembelihan qurban untuk ku (atau aqiqah untuk anakku)." (PERINGATAN: Penerima jika tidak dapat menyempurnakan tanggungjawab yang diterima, boleh diserahkan kepada orang lain untuk menyempurnakan penyembelihan untuk orang-orang yang berakad tadi).
  • Daging qurban sunnat disedekahkan kepada fakir miskin atau dihadiahkan kepada orang yang mampu dalam bentuk masih mentah tetapi aqiqah sunnat dimasak dengan masakan jenis manis seperti kurma, kicap dan sebagainya.
  • Binatang unta, lembu atau kerbau boleh dikongsi sebhagian untuk qurban dan sebahagian untuk aqiqah.
  • Disunnatkan tulang-tulang binatang qurban itu tidak dipatahkan atau dipecahkan sama ada oleh orang yang mengaqiqahkan atau yang memakannya. Cuma hendaklah diceraikan pada setiap persendian tulang. Sekiranya dipecahkan juga maka tidaklah pula makruh, tetapi khilaf aula (yakni bersalahan dengan yang utama).
  • Daging aqiqah atau qurban atau mana-mana bahagian dari binatang (seperti kulit, tulang dan sebagainya) tidak boleh dijadikan upah kepada orang yang menyembelih dan orang-orang yang menguruskan pemotongan. Upah untuk mereka jika diperlukan, maka hendaklah diberi dalam bentuk wang atau harta benda yang lainnya.
  • Orang kafir tidak boleh diberi makan daging aiqah atau daging qurban, sekiranya telah diberi umpamanya sekilo, maka wajib diganti dengan daging yang lain untuk memenuhi daging yang kurang itu.
  • Daging atau mana-mana bahagian dari binatang qurban nazar atau aqiqah, haram dimakan atau diambil oleh orang yang melakukannya.
QURBAN DAN AQIQAH BERAMAI-RAMAI
                        
Sekarang ini ada pihak tertentu seperti Masjid, Surau atau badan kebajikan dan orang perseorangan menganjurkan majlis Qurban dan Aqiqah secara beramai-ramai. Pada dasarnya amalan ini baik demi menggalakkan masyarakat Islam melakukan kedua-dua ibadah yang sangat dituntut dalam Islam (Sunnat Muakkad). Namun yang demikian, beberapa syarat berikut ini hendaklah dipatuhi:
  • Pengurusan hendaklah dilakukan dengan betul, dengan penuh amanah dan tanggungjawab.
  • Harga yang dikenakan hendaklah dinyatakan termasuk kos pengurusan (Penyembelihan, kenderaan, upah menyembelih, melapah dan sebagainya jika memerlukan upah).
  • Hendaklah diadakan aqad atau ijab dan qabul antara orang yang melakukan qurban atau aqiqah dengan pihak pelaksana (AJK Qurban/ Aqiqah atau AJK Masjid/ Surau/ Badan Kebajikan/ Orang perseorangan).

Tuesday, November 9, 2010

Seksanya Menunggu..............



Hari ni dh hari ke-9..sampai bile la nk kena tunggu..dh la last skali..tiap kali view..camtu gak..seksanye menunggu..sbb byk benda yg dok tergantung..dan belum tentu ape yg ditunggu tu adalah ape yg dinanti..berpeluh jugak nk pk..nasib la dok dlm aircond.. :p tp seksanya tu tk la sehebat menunggu detik utk kami dok bwh satu bumbung..Alhamdulillah diberi tahap sabo yg agak tinggi la jugak..layan je mase yg berlalu ngan rutin harian yg dh mula nampak bosan + rutin keje yg kdg2 mencabar kesopanan dan kesusilaan + lepak ngan nasyua di ujung minggu yg cepat je rase berlalu..insyaAllah akan sampai jugak pd detik tu..bile dan bagaimana..hanya Dia yg tahu..dan insyaAllah ada hikmah yg tersembunyi disebalik semua ini..  



Thursday, November 4, 2010

Thanks......... :)


Abg dh blk..dh mula perjalanan utk blk penang..after 2 days here..doing all the works that i have left..sbb mls + nk rilek lbh..hehe..thanks abg..really appreciate it..nnt2 wat lg ek.. :p so, umah pun dh nmpk mcm umah org..kt dapur pun dh nmpk cam ada cahaya dh.. :) tp esok luse tk tau la cemane jdnye..mungkin start malap blk.. :( Ape pun..doa moga selamat sampai and selamat dtg blk.. mis u already..syg peluk cium dr ibu ngan nasyua..nasib ptg ni blk kg..kalo tk..harus jiwa kaco.. :p


Sunday, October 17, 2010

Jiwa kaco......


Hari ni mood keje tk bape nk ada..maklum la abg dh blk..pas klas awl pg td just smbg marking assign programming yg tinggal 4, 5 group je lg..assignment subjek lain, paper test..tgk ujung mata je..hehe..pastu dok ngodek net jela..tp bukan ada ape pun..ngodek nyer godek..jumpa la blog member sek dulu yg anak dia meninggal sbb xcident..arwah comel sgt..mase meninggal br setaun lbh kalo tk silap..dok menyelongkar tu nmpk la beberapa blog lain bawah tajuk ibu-ibu ahli syurga..antara mereka yg diuji atas kehilangan anak tersayang..rata2 anak2 yg pergi masih awal usianya..tp tk sempat nk bace sume pun..bace 2,3 blog pun dh rase sebak semcm..hebatnya ujian Allah..dan betapa kuatnya mereka2 yg terpilih..mcm2 cite dan dugaan yg menimpa..mase dok tulis entry ni pun ayaq mata dh mencurah2..terus igt nasyua..ibu rindu! :( sedare mare, org2 sekeliling pun ada yg senasib.. jd sedih sgt bile tgk gmb2 diorg..dh membesar dgn comelnya..dh ada gelagatnya..dh terpahat memori bagai.. :( moga anak2 yg comel2 itu damai di sana..amin..
Mase blk keje..sempat lg singgah tunas manja..borong2 ape patut skit..tgh dok tunggu turn adalah kt sblh 3 bdk kecik dok elok2 dlm troli..tertarik ngan kembar pompuan tu..lbh kurang nasyua je umonye..comel sgt ngan dress pink + ponytail..dua2 same dressing..hehe..yg sorg tu lemah lembut skit..yg lg sorg mmg aktif la..tgn tk dok diam..dok capai ape ada sekeliling..kena tgn ngan kakak dia pun tk heran..hehe..tp akak diorg tu mmg garang la..tk bg peluang langsung..mungkin dh tk lrt nk handle..siap yg sweet tu pun kena mrh..cian lak tgk..yg aktif tu lak dh kena cubit br nk dok diam..tu pun sbb sakit kot..siap nangis sedih..terus sebak skali..sbb rase tk patut je akak diorg wat camtu..nasib leh control..hehe..kelakar lak..pdhl zmn muda remaja dulu pun same je perangai mcm akak diorg tu..ntah2 lg hebat..hehe..cian adik2 yg terpaksa jd mangsa..tu pun nasib kena dok asrama..kalo tk lg haru la kot diorg..hehe..bila dh tua2 ni br cam sensitip skit..hormon bercelaru la kot..tk pun sbb dr awal jiwa dh kaco -> abg blk -> bace blog cite sedih2 -> igt nasyua..so, kesimpulannya..bile tgk ape2 yg ada kaitan ngan bdk..sedih2..terus sedih skali..hehe..blk td pun dh mencurah ayaq kuar smbg td pg punye sedih + td punye sebak..sbb kt opis malu nk kuar ayaq lbh2.. :p


utk abah dan nasyua..... :) mis ya!

Wednesday, October 13, 2010

Last weekend...

Last week bz ngan Hari Terbuka..almaklumla AJK tayangan amal..konon nmpk cam 'berjurus'..org bg la handle acara tu..hehe..cite2 psl gaza..tk la rasa rugi sgt tk blk..aiman pun cute..hehe..ari jmt menyibuk kt pertandingan mewarna lak..dr dok pening2 sorg2 kt umah..leh gak mkn free.. :) and..dpt la satu bag utk nasyua yg lebih2 utk peserta..tp pandai ke nasyua nk kaler2 buku tu..hehe..ape pun sume kuih dlm tu ibu dh sapu..abis.. :p 

 acara utama utk mlm pertama

 konon nk amik gmb aiman..tp gelap gulita..hehe..so, mase cite psl gaza terus tk amik sbb lg gulita..tp mmg tersentuh..kalo session diorg lg lame..harus bercucuran..hehe..makin tua ni makin sensitip.. :p

 antara peserta pertandingan mewarna..mak ayah dibenarkan menjadi pemerhati kt tepi..hehe

 pemenang kategori 8-10

 pemenang kategori 4-7..keputusan pengadil adalah muktamad..

nasyua..tk dijenguk la oleh ibunya..nk wat cemane..terpaksa la korban ujung minggu tu..sorry yek syg..esok ibu blk ngan abah..bestnye ibu ada driver..hehe :)


Monday, October 4, 2010

Org dh berbunyi...

Nampaknya dh ada yg berbunyi psl lame beno muka kartun tu menghias pandangan..hehe..bukan tkde cite nk dikongsi tp bz beno ngan raya + open house + keje yg dok Q + mls + penat + nk rilek dpn tv smpi tido..hehe..so, ari ni gagahkn diri tumbuk perasaan mls skit taip la ape patut khas utk 'org dh berbunyi'.. :p pasan ada fan..ahaakksss..  tp bukan cite ape pun..just ngomel2 ikut suka hati je..cite2 yg ada nnt lak ah wat karangan.. :) tp nk ngomel ape pun tk tau..nnt la sambung..kena basahkan otak dulu..kering sgt nk kuar idea..hehe..jgn mare.. :p



Wednesday, September 1, 2010

Salam Merdeka...



Salam merdeka utk semua..wpun terlambat skit, tetap nk join kempen 1 blog 1 bendera.. :) Moga semangat kemerdekaan sentiasa berkobar di hati semua..

Sbb ari merdeka tgh2 minggu..so, tkde plan menarik la utk jln2 merdeka..nk blk kg pun tk berbaloi..abg pun slamat sampai penang dh..lepak jela kt umah sambil menguli tepung..hehe..tgh semangat nk wat biskut raye sendiri..alhamdulillah, siap gak 3 jns biskut 'suke hati'..sbb main uli je ikut resepi sendiri..hehe :)

Ni lahir malam merdeka..hehe

Ni lak pg merdeka.. :)

Yg bongsu ni petang merdeka..hehe

Dan insyaAllah..kalo terlebih rajin..akan ada pertambahan..hehe..berangan nk wat biskut kacang, cornflakes susu,  cornflakes madu, deco cookies, kek lapis, kek coklat..bla..bla..bla..bla..bla..berangan je.. :p

 Miss ya!

Monday, August 9, 2010

Cite blk kedah..

Ni cite mase blk kg cik abg ari tu..sbb skrg dh start bz ngan tugas utama..byk benda kena tolak tepi.. :) dan sem ni mmg 'semput'..nmpk gaya kena terkejar gi klas cam stud gak..nasib material sume dh ada..kalo tk..haru la jugak.. :p 

So, dh ada skit mase ni..just layan skit photos majlis akad nikah my SIL kt sane.. :)


Sebahagian sedara mara yg teman mase akad nikah kt masjid..yg lain sibuk kt dapur wat mane patut.. :)


Dok dgr ape patut..hehe


Dinikahkan sndiri oleh FIL..alhamdulillah, selesai semua.. :)


Ni lak posing dr nasyua ngan sepupunya belah mlmnya..Ainun, Asyraf n Irfan.. :)



Sunday, August 1, 2010

Kerm's craft giveaway.........

 

Hehe..giveaway lg..kali ni dr kerm's craft..first time buat ngan great habuan..so, sape2 berminat jom jenguk sane and ikut je syarat yg ada.. :) kite tgk sape yg 'kena'..


Thursday, July 15, 2010

Blk kg.. :)

Minggu dpn cuti seminggu..jln2 blk kedah + SIL akad nikah.. :) sambil rehat minda yg mcm nk serabut je..kes student dh nk start klas..hehe lgpun lame dh tk blk sane..cian tok ngan tok wan dok tunggu nk tgk nasyua..maklum la..ssh nk cari mase sesuai utk cuti..tgk schedule i la..cik abg la..sakit demam nasyua la..mcm2..dulu pk diri sdri je..ada mase free naik bus je kalo abg tk leh mai..skrg tk nk le tanggung risiko berdua ngan nasyua naik bus jauh2..9 jam dlm bus??tk terjangkau dek pikiran..hehe..tp nengok org lain rilek je..kagum sungguh.. :p  dan Alhamdulillah, apply cuti kali ni tkde gangguan ape2 dh..ada hikmah bg setiap halangan yg ada :)



Wednesday, July 14, 2010

Love and craft giveaway :)


Love and craft ada wat giveaway..tutup 18th July 2010..nk join simple je..just share link ngan kengkwn..adiah??semua yg ada dlm gmb tu ..best kn?hehe..jom..jom kite berebut.. :p


Sunday, July 11, 2010

durianssszzzzz..........

Last week msk blog just jenguk2 je..tk nyempat nk update..maklumla jd suri sepenuh masa..abg mai br sibuk jejak pasar..clear + add ape patut..hehe..paling best..pulun durian tiap mlm..pdhl lame dh durian dok berlonggok kt tepi2 jln..br beli..hehe..berdua kn lebih baik..br ada org nk berebut..ahakksss..blk ujung minggu..mkn lg yg ma beli..siap wat pengat.. :) nasyua pun dh start rase durian..rase yg kt ujung jari ayah da dia jela skit..hehe..nmpk cam suke je..dh zmn dlm perut mkn ari2 :p nnt beso skit leh la mkn..hehe..  jgn jeles yek che ngah ngan cik na nasyua :p tgk gmb dulu yek..nnt blk kg br pulun..huhu


Beday ma...........

Utk beday ma taun ni..beli kek je mkn2 ngan bdk2 tu..kebetulan khamis ada visit student kt telekom..so, cun la wat blk kek mlm rabu tu..hehe..nasyua tgk kek geram2 nk pegang..sbb ada doll kiut atas tu..hehe..saje ibu pilih kek tok ala2 bdk kecik nyer kek beday..hehe hadiah??tangguh dulu la..igt nk cr purse br kt ma..nnt tgk mase blk kedah la..ajak abah nasyua ronda penang sat..hehe


Wednesday, June 30, 2010

Nasyua dh pandai....

Mcm biasa..dh abis ujung minggu..kemas2 nk blk keje..dan mcm biasa pi lepak2 kt gerai ma dulu ngan nasyua..jam dh kul 5..arrgghhh..dh kena start jln..nnt lmbt lak sampai..mlsnye..nasyua nmpk ibu dia kalut2 salam ngan tokki ngan tok..start rengek2..mknan kt tgn pun buang tepi..wat muka sedih tgk ibu..ibu bg mkanan blk pun tk nk amik..nk srh ibu angkat..dh pandai dh..tau je ibu nk tinggal..terpaksa la mak su dia bwk pi jln2 kt lain..sori ye syg..ibu nk blk keje..nnt ibu blk jmp syg lg..bile ntah kite nk start dok same..doa byk2..moga dipermudah secptnye...